These photos paint the picture of deaths due to Covid19 and how they were buried, lonely and far from loved ones, only the burial workers to complete the last rituals. A picture of utter despair and aloneness!
https://www.freemalaysiatoday.com/category/photos/2021/08/03/suasana-pilu-di-tanah-perkuburan-bukit-kiara/
Satu lagi rekod dicatatkan pada 2 Ogos apabila 219 kematian dilaporkan Kementerian Kesihatan. Ia mengatasi rekod terdahulu, 207 kematian yang dicatatkan pada 26 dan 27 kematian.
Petugas kesihatan dan pasukan pengurusan jenazah Covid-19 menghadapi tugas mencabar akibat peningkatan angka korban saban hari yang melebihi 150 kematian.
So heart-breaking to see this.
Petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam mengeluarkan jenazah pesakit Covid-19 setibanya di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Jenazah pesakit Covid-19 dari Hospital Kuala Lumpur, disanitasi sebaik sahaja diturunkan dari van jenazah.
Petugas kesihatan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam mengusung jenazah pesakit Covid-19 ke liang lahad untuk dikebumikan.
Seorang petugas kesihatan berehat sebentar sebelum menguruskan jenazah pesakit Covid-19 seterusnya.
Kes BID semakin meningkat kebelakangan ini dengan sekitar 90 hingga 100 nyawa terkorban di luar hospital setiap hari dengan angka terbaru, 101 daripada 282 kematian direkodkan semalam adalah di luar hospital.
Seorang petugas kesihatan berbaring di atas timbunan tanah dengan beralaskan papan lapis akibat keletihan menguruskan lebih 10 jenazah pesakit Covid-19.
Jenazah pesakit Covid-19 tiba dengan ambulans dan van jenazah di tanah perkuburan menjelang senja.
Kubur pesakit Covid-19 ditandakan nombor khas di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Th
Seorang waris menulis nama ahli keluarga tersayang yang meninggal dunia akibat Covid-19 di papan liang lahadnya.
No comments:
Post a Comment